Sunday, February 28, 2016

Internship/Praktikal

Assalamualaikum, lama rasanya dah x update blog ni.

Sebab sekarang ni dah mula praktikal, so banyak masa terluang, assignment pun dah x ada. So boleh la nak luang masa update blog.

Okay, Hari ni nak cerita pasal internship pulak. nak share tentang pengalaman.

Sekarang Safwan masih lagi belajar dalam semester 7, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM. So, bila masuk semester 7, kitorg diwajibkan untuk menjalani latihan praktikal selama 6 bulan dari bulan Feb sampai hujung bulan Julai. Ni kiranyaT baru sebulan praktikal la jugak

Masa semua orang pilih nak buat praktikal around kawasan tempat tinggal or area puncak alam, aku cabar diri sendiri untuk buat praktikal dekat Kuala Lumpur (ak tinggal kat Tg Malim and aku x pernah pun keluar dari Perak, even belajar diploma, sekolah menengah, PLKN, semua dekat Perak. Nasib masa sambung Ijazah dapat dekat Selangor). Bila cakap kat parents nak intern dekat KL pun, dorg setuju je, yelah anak lelaki kan, senang la nak mintak permission intern jauh2

Apa yang paling best, orang yang uruskan pelajar praktikal dekat company yang ak praktikal sekarang ni, sangat cekap. cepat je respond untuk setiap email yang aku hantar. Rasa macam dorg n sangat pakai intern student. So rasa macam dialu alukan untuk datang praktikal

Dah settle pasal tempat praktikal, nak kena settlekan pasal tempat tinggal.
Gigih jugak la cari rumah sewa, nak murah2, n terkejut la jugak sbb area tempat aku intern (Bandar Tasek Selatan) sewa bilik is around 200++. so Safwan pun cari jauh2 sikit, and berjaya dapat sebuah rumah sewa dgn rate 100++ kira murah la jugak utk area KL, dah termasuk api, air, internet. Kalau nak pergi kerja pun dalam 20 minit pun dah sampai, tapi itu kalau naik motor la, kalau kereta mau 1 jam. (ada je abang saudara kat BTS ni tapi x nak tinggal dengan dia sebab..... adalah, masalah keluarga).

Bulan Feb dah pun start praktikal, so dgn keseorangannya, aku pun pergi KL (btw dah biasa pun jadi lone ranjer ni, sejak masuk degree ni semua buat sendiri, belajar sorg2, pergi mana2 sorg. Nak tahu sebab apa? x pe biar Safwan sorang je tahu sebab apa Safwan pilih nak hidup sorg2).

The hardest part is that i'm not familiar with the road. Banyak kali jugak la sesat tp Safwan percaya dgn diri sendiri (ada waze tapi macam x de function je, asyik lost signal je). Tp alhamdulillah dah sebulan ni boleh jugak la hafal sikit2 jalan dekat KL ni.

Paling stress bila nak pergi kerja, keluar je dari kawasan rumah dah sesak dengan kereta. sesak sbb traffic light n org nak masuk highway. Dah masuk highway pun sesak. sesak dia lagi teruk daripada kawasan rumah sewa aku. sampai aku exit BTS, jalan ok sekejap, kepas tu nak masuk area Terminal TBS tu sesak sikit la, sebab ramai org nak ke Stesen LRT, Komuter BTS. (office aku seberang je sengan stesen komuter/LRT tu sesak tu). Tapi sebab naik motor, kira x berapa terasa sangat la sesak dia, sbb kadang2 laju je bawak, x rasa macam jammed pun. hahaha.

Sebulan praktikal ni rasa best sangat, sebab new environment, kerja banyak, kawan pun ramai, jumpa semua orang baru. Kali ni Safwan just share experience nak jalani praktikal, next update Safwan nak cerita tentang job scope as internship student pulak (in accounting field je lah tau)

No comments:

Post a Comment