Saturday, September 18, 2010

Starting nk wat blog

Aku nk mulakan blog aku ngan sebuah puisi...

Seruling rasa berbunyi lagi,
menerjah gegendang ceria,
bersama ketukan gendang yang membara,
angin turut sama menghantar bau gembira,
berbahagia kita semua di seantero ini.

mereka kata,
mungkin gemilang lama telah melarut dalam hujan semalam,
bunga-bunga yang mewarnai taman ini turut mati,
di hempas gelombang samudera.

tetapi pada hari ini,
tatkala mentari menyimbahkan senyumnya ke bumi,
kita sedang melihat bahawa burung-burung turut menyanyi,
dan kita menari di atas pelangi hujan semalam,
beralaskan sutera putih awan,
untuk kita meneruskan lagi sejarah yang masih terang ,
tanpa penat dan letih,
tanpa lemah yang menghiris.

kerna,
kita semua tahu,
ada ikatan cinta yang merangkum hati kita,
ada seutas tanggungjawab berpaut di jiwa kita,
ada segunung anugerah dari atas sana.

Selamat datang ke komuniti kita,
sama-sama kita mencari keindahan yang nyata.

moge perkenalan ni disinari ngan pelbagai elemen suka dan duka
hrp setiap kekurangan boleh d'perbaiki

No comments:

Post a Comment